Pengenalan
Latar Belakang
Saya Muhammad Habibullah Bin Haron Dari Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja saya akan menerangkan kepada anda tentang Agroindustri Ternakan Poltri.Ramai yang tidak tahu tentang ternakan poltri ini dengan ini saya berbesar hati untuk berkongsi kepada anda semua tentang ternakan poltri ini bermaksud haiwan yang berkaki dua atau nama biasanya Unggas.Haiwan berkaki dua atau unggas ini seperti Ayam,Itik,Puyuh,Burung dan bermacam lagi.Tetapi saya akan berkongsi kepada ada 3 jenis ayam sahaja iaitu Ayam Pedaging,Penelur Dan Ayam Kampung.
Ayam Pedaging
Ayam Pedaging
Ayam Pedaging
Gambar rajah yang tertera di atas ini merupakan ayam pedaging yang biasa di komersialkan di pasaran tempatan. Ayam perdaging ini mempunyai pelbagai jenis baka seperti Arbor Acre,Avian, Cobb Ross,Lohmann,Hybro,Shaver dan Hubbard baka ini biasa di ternak di Malaysia.Biasanya ayam pedaging ini boleh di tuai selama 42 hari tetapi ada baka yang tertentu boleh di tuai pada kurang dari 42 hari.
Cara-cara menternak ayam pedaging
Sebelum ketibaan anak ayam :-
- Reban ayam hendaklah dikosongkan sekurang-kurangnya 21 hari setelah kumpulan ayam terdahulu dikeluarkan.
- Dinding,lelangit,lantai dan alat yang telah digunakan hendaklah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan.Kemudian disembur dengan ubat pembasmi kuman (disinfekten).
- Memasang alat pengepung.
- Tabur dan ratakan sarap ke dalam pengepung
- Memasang alat pemanas lebih kurang 6-8 jam sebelum ketibaan anak ayam
- Alat Pemanas
- Pengepung
- Bidai
- Bekas Makanan
- Bekas Minuman
- Memastikan ayam berkeadaan selesa
- Memberi makanan permulaan
- Memberi Minuman
- Alat pemanas di pasang secara terus menerus supaya anak ayam mendapat haba yang mencukupi.
- Lampu sentiasa di pasang bertujuan bagi membolehkan anak ayam mencari sumber haba,makanan dan minuman.
- Bekas minuman dibersihkan setiap hari dan digantikan dengan air yang bersih.
- Mencatat makanan yang telah diberikan dan kadar kematian setiap hari.
- Memasang lampu dan alat pemanas pada waktu malam sahaja.
- Suhu kepanasan diturunkan 28-30 C.
- Lingkaran alat pengepung diluaskan.
- Menambah bekas makanan dan minuman.
- Mencatat makanan yang telah diberikan dan kadar kematian.
- Menukar makanan permula kepada makanan pengemuk secara beransur-ansur mengikut nisbah yang di syorkan.
- Bekas makanan dan minuman boleh di tukar jenis gantung.
- Mencatatkan makanan yang diberi dan kadar kematian setiap hari.
- Mengawal penyangkit berjangkit.
- Menggunakan 100% makanan pengemuk.
- Memberi makanan beberapa kali sehari dan memastikan ayam mendapat makanan dan air yang bersih.
- Mencatatkan makanan yang diberikan dan kadar kematian.
- Memberhentikan pemberian makanan yang mengandungi bahan tambahan seminggu (minggu ke lima) sebelum ayam dijual dan bertukar kepada makanan tanpa bahan tambahan.
Ayam Penelur
Cara-cara menternak ayam pedaging
Sebelum ketibaan anak ayam :-
- Reban ayam hendaklah dikosongkan sekurang-kurangnya 21 hari setelah kumpulan ayam terdahulu dikeluarkan.
- Dinding,lelangit,lantai dan alat yang telah digunakan hendaklah dibasuh dengan bersih dan dikeringkan.Kemudian disembur dengan ubat pembasmi kuman (disinfekten).
- Memasang alat pengepung.
- Tabur dan ratakan sarap ke dalam pengepung
- Memasang alat pemanas lebih kurang 6-8 jam sebelum ketibaan anak ayam
- Alat Pemanas
- Pengepung
- Bidai
- Bekas Makanan
- Bekas Minuman
Minggu Pertama Hingga Ketiga
- Memastikan ayam berkeadaan selesa
- Memberi makanan permulaan
- Memberi Minuman
- Alat pemanas di pasang secara terus menerus supaya anak ayam mendapat haba yang mencukupi.
- Lampu sentiasa di pasang bertujuan bagi membolehkan anak ayam mencari sumber haba,makanan dan minuman.
- Bekas minuman dibersihkan setiap hari dan digantikan dengan air yang bersih.
- Mencatat makanan yang telah diberikan dan kadar kematian setiap hari.
- Menukar makanan permula kepada makanan pengemuk secara beransur-ansur mengikut nisbah yang di syorkan.
- Bekas makanan dan minuman boleh di tukar jenis gantung.
- Memasang lampu pada waktu malam sahaja.
- Mengawal penyangkit berjangkit.
- Melakukan vaksinasi yang di tetapkan.
- Sentiasa melakukan pemantauan terhadap ayam.
- Mencatat makanan yang telah diberikan dan kadar kematian setiap hari.
- Memindah ayam dari pengepung ke dalam sangkar bersekat.
- Menukarkan makanan pengemuk ke makanan penelur untuk proses pengeluaran telur.
- Melakukan proses pembersihan seperti membuang tinja,membersihkan lantai dalam reban dan menukar air pencelur kaki.
- Membersih telur dan mengutip telur pada pagi dan petang.
- Menjual telur mengikut harga pasaran yang di tetapkan.
- Mengawal penyakit berjangkit.
- Melakukan vaksinasi mengikut jadual yang di tetapkan.
- Sentiasa melakukan pemantauan terhadap ayam.
- Mencatat makanan yang telah diberikan dan mencatat telur yang telah dikutip.
Ayam Kampung
Adalah untuk mengalakkan penternak kecil memelihara ayam kampung.Melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan.Di samping itu,telur dan daging untuk dimakan,telur boleh ditetaskan dan boleh dijual untuk mendapatkan pendapatan.
Keistimewaan Ayam Kampung
Keistimewaan Ayam Kampung
- Boleh dibiakkan sepanjang tahun
- Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
- Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
- Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
- Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
- Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh.Boleh dibuat menggunakan "Sistem Lantai Atas"atau"Sistem Lantai Bawah".
- 1 ekor ayam memerlukam 1 kaki persegi.Jika 20 ekor ayam keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi.Reban seluas 4 kaki X 5 kaki memadai.
- Kayu hutan,kayu sayung,buluh,dawai mata punai atau pukat
- Gunakan peralatan makanan/minuman yang murah.
Terdapat dua jenis makanan iaitu :-
- Makanan komersil/dagangan
- Makanan ayam permulaan (Layer Starter Mash)
- Makanan ayam membesar (Layer Grower Mash/Pallet)
- Makanan ayam penghabisan (LAyer Finisher Mash/Pallet)
- Makanan campuran atau sisa makanan
- Lebihan nasi hampas kelapa,isi kelapa
- Dedak,beras hancur,padi,ubi keledek/kayu
- Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit.
- Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
- Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
- Pastikan anak ayam mendapat suntukan pencegahan penyakit
- Boleh dilepaskan pada siang hari
- Makanan campuran atau lebihan sisa makanan boleh diberi.
- Sediakan sarang bertelur
- Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
- Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
- 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
- Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
- Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
- Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangka masa 21 hari.
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh :-
- Warisan
- Pemakanan
- Pengurusan
- Persekitaran
- Jangkitan
- Reban sentiasa bersih
- Anak ayam bebas dari penyakit
- Jauh dari ternakan dan haiwan lain
- Pelawat perlu dikawal
- Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
- Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit.
- Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelak jangkitan kepada yang sihat.
- Umur 1 hari - Sampar Ayam "F" (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
- Umur 3 - 4 minggu - Cacar/Puru ayam dan Sampat "F"
- Umur 6 - 8 minggu - Sampar "S"
- Kurang nafsu makan
- Lemah dan tidak aktif
- Pucat,bersin,keluar hingus dari hidung
- Muka bengkak
- Berak cair atau berdarah
- Gangguan saraf seperti sayap lemah,kaki lemah,kepala berputar dan sebagainya.
Jenis-Jenis Penyakit Ayam
- Sampar ayam (ND)
- Penyakit Gumboro (IBD)
- Puru
- Salmonellosis
- Pasteurellosis
- Lain-lain